Assalam semua...
Bagi yang akan berkahwin di perak boleh lah tgk contoh dibawah.
Maksud wakalah dalam bahasa mudahnya adalah untuk memberi wakil. Contoh yang mudah dalam pernikahan nanti ayah kita nk wakilkan kadi sebagai wakil untuk menikahkan pasangan. Jadi perlu lalui proses wakalah iaitu beri izin di hadapan dua saksi kepada kadi untuk mengakadnikahkan pasangan.
Alhamdulillah, semua proses ini dah selesai. Borang pon dah settle bleh hantar ke pejabat agama. Dah tinggal 3 minggu jer lagi kn? Cepat betul masa berlalu.
Apa yang menarik dalam proses nie?
1. Nervous sgt smp istighfar pon gagap.
2. Kena salam n minta maaf ngan kedua-dua abah n mama. Ikut tok kadi cakap. Segan sebenarnya smp lupa nk cium abah.
3. Kena lafaz dan sebut betul-betul lafaz izin sebelum kedua saksi sahkan. Macam dah majlis.
4. Semuanya berjalan dengan baik. Aku dah lafaz izin berwalikan abah aku dan abah aku mewakilkan kadi untuk mengakadnikahkan pasangan.
Semoga dapat membantu hampa semua yea. Semoga dipermudahkan semua urusan.
Contoh borang dia. P amek kat Pejabat Agama Daerah hampa nk nikah. Sebab lain negeri lain caranya.
Sekian, Wslm